E-Book: Kita Umat Al-Wahn?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  

يَعْلَمُونَ ظَاهِراً مِّنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ 
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat. 


أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنفُسِهِمْ مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُّسَمًّى وَإِنَّ كَثِيراً مِّنَ النَّاسِ بِلِقَاء رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ 
Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya 

Surah Ar rum: 7-8





Kita hendaklah sentiasa mengingati Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan hendaklah sentiasa mentaati perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala, laksanakan lah apa yang ditunjukan oleh Nabi besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Ingatlah kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, akhirat jua tempat yang kekal untuk selama-lamanya. Janganlah kita hanya mengumpul harta dunia, hingga terlupa mengumpul harta untuk akhirat. Ingatlah di akhirat nanti ada syurga dan ada neraka, kerana seksaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala itu amatlah berat dan pedih. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,


 “Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya,
dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. 
Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)”. 
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan al Hakim)





Setiap manusia inginkan kehidupan yang sihat, bebas dari penyakit, akan tetapi tidak ramai yang menyedari bahawa dirinya sudah dan telah dihidapi oleh penyakit yang tiada ubat secara zahir melainkan petunjuk Al Quran dan As Sunnah. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berpesan kepada kita umat akhir zaman melalui sabdaan ini, dari Tsauban r.a.,

Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.

Maka salah seorang sahabat bertanya:
Adakah kerana kami sedikit pada hari itu?

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab,
Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir,
dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu,
dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahn.

Seorang sahabat bertanya,
Apakah wahn itu hai Rasulullah?

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam nenjawab,
Cintakan dunia dan takutkan mati.
(Hadis Riwayat Abu Daud)


Al Wahn adalah bukan sekadar penyakit, tetapi Al Wahn adalah sumber puncanya malapetaka, turunya bala’, bahkan hina dan kehinaan. Jika Al Wahn ini dibiarkan merebak tanpa dicegah dan diatasi, maka status haiwan lebih mulia dari status insan. Serangan al Wahn sangat ditakuti oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kerana ia mendekatkan manusia pada murka Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Al Wahn menjauhkan manusia dari keberkahan hidup, bahkan Al Wahn juga menjadi saham terbesar bagi umat Islam menuju ke neraka jahanam. Marilah kita ketahui apa Al Wahn ini. Betapa bahayanya penyakit ini. Dia lebih berbahaya dari yang kebanyakan orang anggap bahaya. Marilah kita cegah diri kita dari Al Wahn dan mari kita ubati setiap diri dari kemungkinan menjangkitnya Al Wahn ini.




Untuk mengetahui lebih banyak hakikat buruk penyakit Al Wahn (Cinta dunia, takut mati), 
jangan ketinggalan untuk mendapatkan e-book 'Siri 1 : Kita Umat Al Wahn?'. 
Tempahan boleh dilakukan menerusi stor online kami di link berikut :




Sila layari pautan berikut untuk mendapatkan perkembangan maklumat terkini mengenai 
e-book 'Siri Tafakur Umat Islam Akhir Zaman' :


    


Mencari ilmu yang bermanfaat fardu ain terutama ilmu agama iaitu ilmu tauhid, fiqah dan tasawwuf. Kemudian ilmu-ilmu bermanfaat yang lain fardu kifayah iaitu ilmu yang boleh menambah kekuatan kepada umat Islam. Utamakan yang fardu ain dan amalkanlah kerana ilmu tersebut secara langsung mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan menjadikan kita takut kepadaNya. Ilmu inilah yang membezakan kita dengan orang-orang kafir dari segi kefahaman dan perlaksanaan dalam kehidupan di dunia dan menuju akhirat. Jika ilmu yang bermanfaat ini kita sebarkan dan ajarkan maka ilmu ini akan menjadi saham akhirat yang berterusan walaupun kita sedang hidup di alam barzakh.

semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman ilmuNYA kepada kita, dalam segala hal, Allahu a'lam..