Sheikh Imran N. Hosein memulakan hujah berkaitan topik usul tafsir atau metodologi untuk memahami dan mentafsir ayat-ayat suci Al Quran. Sheikh kemudiannya menjelaskan apa yang berlaku di Syria dan apakah peranan yang sepatutnya dilaksanakan oleh dunia Islam dalam menangani (memahami) konflik tersebut. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melimpahkan Rahmat-Nya kepada saudara-mara kita di Syria. Amin!
Kuliah bertajuk Seni Berfikir Secara Kritikal diadakan pada bulan Safar 1435H Disember 2013 dari studio daripada IBN (Broadcasting Network Islam) Trinidad & Tobago untuk International Summit of Essential Expert Knowledge, ISEEK 2013, London United Kingdom.
"Dari Kebangkitan Arab Ke Kebangkitan Arab - Menghubungkannya". Istilah 'Arab Spring' wujud setelah berlaku revolusi sekitar akhir tahun 1800 M sehingga awal 1900 M dan ia pencetus kepada terjadinya Perang Dunia Pertama (WW1), akhirnya runtuhlah empayar Khalifah Uthmaniyyah sehingga menyebabkan setiap sudut bumi umat Islam diperangi, dihancurkan dan dimusnahkan dan kemudian mengaut segala sumber kekayaann yang wujud dan menikmatinya untuk membina negara mereka, malah dalam masa yang sama musuh menjalankan agenda mereka demi menzahirkan Al Masih ad Dajjal melalui fitnah-fitnahnya..
Asyura di dalam al Quran dan Sunnah. (versi baru)
Asyura di dalam al Quran dan Sunnah. (versi lama)
Sheikh Imran N. Hosein berhujah mengenai apa yang sedang berlaku di dunia kini dengan mengaitkan hubungan antara al Quran dan akhir zaman, realiti di Mesir, Syria dan Arab Saudi, al Masih ad Dajjal, Ya'juj dan Ma'juj, dan perang dunia.