Jalan Sunatullah atau Fitnah Laknatullah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ 
Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan 

Surah Al Hashr: 23


إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ
Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam.

Surah Al ilmran: 19


وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; 
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"

Surah Al baqarah: 30




Terlihat seperti dunia ini SENGAJA dimomokkan dengan kedatangan Pemimpin Akhir Zaman dalam masa terdekat.. Umat Islam menanti Al Mahdi, Kristian menunggu Jesus Christ dan Yahudi mengharap kemunculan Nabi Penyelamat mereka..




'Skrip' dan perjalanan cerita Akhir Zaman terakam kemas dalam kitab dan kepercayaan tiga agama tersebut yang saling berkongsi jalan cerita yang sangat hampir sama.. Apa yang berlaku hari ini, seolah-olah dunia sedang DIRANCANG untuk berhadapan dengan situasi dan fenomena akhir zaman yang saling dipercayai oleh ketiga-tiga agama utama dunia ini.

Persoalannya, adakah apa yang bakal berlaku dalam masa terdekat ini adalah SUNATULLAH atau ianya tak lebih dari sekadar FITNAH oleh Si Mata Satu untuk menipu umat Islam, Kristian dan Yahudi..? Kerana tidak sukar bagi Dajjal untuk meniru dan mencipta babak 'palsu' yang menyamai kepercayaan umat manusia tentang akhir zaman.

Teruskan memerhati dan menilai dengan MATA HATI berpandukan Al Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW. Awasi setiap perkhabaran dan sumber dari pihak mana yang melepaskan sesuatu berita itu. Pastikan pihak tersebut benar-benar berpegang kepada al Quran dan as Sunnah dan mereka mencontohi dakwah dan akhlak Rasulullah SAW dan Para Sahabat baginda sebelum kita mempercayai dan mengikuti perjuangan mereka.

Semoga kita semua diberi petunjuk oleh ALLAH SWT satu-satunya Jalan yang Lurus.. Ingat, Jalan Selamat itu adalah bagaikan penjara dan menjadikan kita sangat terasing dari majoriti manusia akhir zaman ini.. Bukan jalan yang menawarkan sesuatu yang indah dan yang menarik nafsu jutaan manusia ke arahnya..


Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing
(Hadis Riwayat Muslim)




AWAS dengan perjuangan kebangkitan 'palsu'..! Atas nama Revolusi, Demokrasi, Hak Asasi dan bermacam istilah perjuangan lain yang berpaksikan musuh serta emosi.. Dengan cara begitukah ISLAM akan kembali ditegakkan ?

Sama sekali tidak..!

Majoriti umat akan dan sedang tertarik dengan perjuangan sedemikian.. Yang menawarkan 1001 janji manis, keadilan, kebaikan dan kesenangan yang kononnya akan nikmati oleh semua jika perjuangan tersebut berjaya seperti yang dirancangkan.. Tidakkah kita dapat menghidu bahawa ia seolah 'SYURGA' yang ditawarkan oleh Si Mata Satu.. ?

Sedangkan, hanya sedikit umat yang benar-benar bertakwa, berhati-hati terhadap perancangan jahat musuh dan berlepas diri dari terjebak ke gelanggang fitnah yang boleh merosakkan iman dan aqidah Islam.. Apakah segelintir umat yang memilih jalan selamat begini yang dikatakan Terasing ?

Pada pandangan mata kasar orang lain akan melabel Ghuraba' ini lari dari perjuangan, tetapi pada hakikatnya mereka sebenarnya tidak lari, tetapi mereka menolak perjuangan 'SYURGA DAJJAL' dan sedang memilih jalan perjuangan yang lebih utama iaitu memelihara iman dan aqidah serta mengawal nafsu dari terpesona segala janji manis perjuangan yang hanya bermatlamatkan kesenangan dan kemodenan dunia..

Apakah golongan TERASING sebegini layak dikatakan sebagai golongan yang sedang memilih 'NERAKA DAJJAL' ?


Dari Mughirah bin Syu’ bah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah SWT mereka sentiasa berjaya
(Hadis Riwayat Bukhari)


Islam akan kembali asing.. Dunia semakin menuju ke arah itu.. Fitnah akan terus memuncak hingga umat tak pasti antara kebenaran dan kebathilan.. Hari ini Syria, kemudian Iran..kemudian Pakistan..Ada apa dengan negara-negara Islam ini ?

Jangan terpedaya dengan nama negara Islam.. kerana Islam, Iman dan Ihsan letaknya di dalam hati hambaNya bukan setakat dilaung oleh pihak yang 'diberi kuasa' untuk menarik ramai pengikut supaya percaya.. 

Jika dihidangkan dengan 'drama kebangkitan', jangan cepat bersorak dan mengakui si pejuang di pihak kebenaran kerana menghapuskan puak Kuffar yang penuh kebathilan.. kebangkitan sebenar bermula dari dalam jiwa setiap umat dengan menghapuskan musuh kebenaran yang merajai hati.. dan umat yang benar-benar menyucikan hati itulah yang semakin terasing.. melarikan diri dari fitnah bukan menjadi sebahagian dari mangsa fitnah..

Berhati-hati dengan bermacam fitnah yang telah, sedang dan akan dilepaskan oleh pengikut-pengikut Dajjal.. setiap fitnah yang mengena pasti akan menjatuhkan nilai keimanan dan pasak pegangan Islam umat akhir zaman.. Semoga Allah menunjukkan kita semua SATU JALAN yang Lurus.. Amin..


Dari Nuaman bin Basyir dari Huzaifah, Rasulullah SAW bersabda:

“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah,
kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah,
kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, 
kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah).”

“Kemudian beliau (Nabi) diam”. 
(Hadith Riwayat Ahmad dan al Baihaqi)



Sama-samalah kita semua renung dan fikirkan..
semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita,
dalam segala hal, Allahu a'lam..