Britain, Amerika dan Israel, dan Fitnah Akhiruzzaman

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy r.a., beliau berkata; Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:

"Sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menjaga orang-orang mukmin”

(Hadis Riwayat Muslim)


Dari Rib'iy bin Hirasy, katanya: "Saya berangkat dengan Abu Mas'ud al-Anshari ke tempat Hudzaifah al-Yaman radhiallahu 'anhum, lalu Abu Mas'ud berkata kepadanya: "Beritahukanlah kepadaku apa yang pernah engkau dengar dari Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam perihal Dajjal." Hudzaifah lalu berkata, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya Dajjal itu keluar dan sesungguhnya berserta Dajjal itu ada air dan api. Adapun yang dilihat oleh para manusia sebagai air, maka sebenarnya itu adalah api yang membakar, sedang apa yang dilihat oleh para manusia sebagai api, maka sebenarnya itu adalah air yang sejuk dan tenang. Maka barangsiapa yang menemui Dajjal di antara engkau semua, hendaklah masuk dalam benda yang dilihatnya sebagai api, kerana sesungguhnya ini adalah air sejuk dan tenang."

Setelah itu Abu Mas'ud berkata:
"Saya pun benar-benar pernah mendengar yang seperti itu."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)




HAARP 
(High Frequency Active Auroral Research Program)






Sebahagian dari hujah Sheikh Imran Hosein dalam video ini telah menyebabkan kami bangun dari "tidur" dan sedar untuk memahami "realiti dan fantasi dunia moden" sekaligus bertindak sebarkan kebenaran




Sudah bersediakah kita menghadapi Dajjal? Sentiasalah kita berdoa agar dihindari daripada fitnah Al Masih Al Dajjal. Kedatangannya tiada membawa sebarang makna bahkan yang dibawanya hanyalah bencana. Sama-sama lah kita berusaha untuk menghidupkan 'mata hati' dalam kehidupan yang penuh dengan fitnah ini, Allahu a'lam.


Ingatlah dalam sebuah hadis yang paling penting bagaimana Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah memberitahu bahawa apabila Dajjal dilepaskan di dunia, ia akan hidup di Bumi selama 40 hari.

Tanya kami;
“Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”,

Jawab Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:
“Selama empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”

Tanya kami;
“Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”

Jawab Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,
“Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.

(Hadis Riwayat Muslim)


semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita, 
dalam segala hal, Allahu a'lam..