بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah A-li’Imraan: 31)
Dari Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
"Dajjal akan turun pada dataran yang subur ini dengan melewati satu lembah, dan golongan yang paling banyak keluar untuk menuju kepadanya ialah dari kalangan kaum wanita, sehingga seorang lelaki akan kembali menemui isterinya, ibu, anak perempuan, saudara perempuan dan kepada pembantu perempuannya untuk mengikat mereka dengan tali kerana bimbang mereka akan keluar menuju kepada Dajjal"
(Hadis Riwayat Ahmad)
Salah satu misi Dajjal dalam kehidupan manusia moden kini adalah kempen "Feminist Revolution" terhadap kaum wanita secara umumnya yang berfungsi seperti lelaki dan lelaki secara spesifiknya iaitu memperlihatkan wajah atau diri lelaki seperti wanita, malah Dajjal juga memperdagangan kaum Hawa melalui sistem kapitalisnya dengan penghasilan produk kecantikan dalaman dan luaran, produk pemakaian (fashion), produk kesihatan dan lain-lain. Dalam hal ini kami cuba tekankan perkara yang amat kecil iaitu kaum lelaki tanpa janggut.


Isu ini boleh dikaitkan dengan sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis berkaitan iaitu:
Daripada Ibn Anas r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda;
Telah dilaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita
(Hadis Riwayat al Bukhari)
Daripada Abi Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallambersabda;
Telah dilaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Maksudnya menyerupai dalam konteks hadis di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. Sedangkan janggut adalah Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang sepatutnya dicontohi dan diamalkan oleh semua kaum lelaki Islam. Rujuk hadis berkaitan:
Dari Ibn Umar r.a., bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
Janganlah kamu menyerupai orang-orang musyrikin, peliharalah janggut kamu dan nipiskan misai kamu
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Ibn Umar r.a., berkata bahawa;
Kami telah diperintahkan supaya memelihara janggut
(Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., berkata bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, jangan kamu menyerupai Yahudi dan Nasrani
(Hadis Riwayat Ahmad)
Dari Ibn Abbas r.a., berkata: Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda
Janganlah kamu menyerupai ‘Ajam (orang asing dan kafir), maka peliharalah janggut kamu
(Hadis Riwayat Al-Bazzar)
Hadis-hadis di atas adalah hadis bersifat suruhan dan perintah. Maka para ulama telah memutuskan hukum memelihara janggut dan mencukur (menipiskan) misai adalah wajib. Setiap perintah wajib dipatuhi berdasarkan hadis di bawah.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda;
Sesiapa yang mentaati aku dia akan masuk syurga, dan sesiapa yang bermaksiat iaitu enggan mematuhi baginda, maka ia telah menolak iaitu menolak sunah dan syurga
(Hadis Riwayat Bukhari)
Sesiapa yang tidak suka terhadap sunnahku, maka dia bukanlah golonganku
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Maksud sunnah ialah setiap perkara yang datang dari Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan dan pengakuan. Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ada yang bersifat wajib dan ada yang bersifat mustahab / mandub (sunat). Memelihara janggut adalah sunnah wajib.
Kuliah Sheikh Imran Hosein : "Feminist Revolution"
Penjelasan Sheikh Imran Hosein Tentang Janggut Lelaki
Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kita sejak lebih seribu tahun dahulu. Dr. Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita. Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Bagaimana Caranya?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda. Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic. Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
Firman Allah Ta’ala dalam Surah Ali Imran (3) yang bermaksud:
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”
(Surah A-li’Imraan: 191)
Amalan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan Para Sahabat r.a.
Dari Jabir r.a., berkata;
“Sesungguhnya Rasulullah lebat janggutnya”
(Hadis Riwayat Muslim)
Kesemua para Khulafa ar-Rasyidin memelihara janggut mereka.
“Adalah Abu Bakr (ra) lebat janggutnya, Uthman (ra) jarang (tidak lebat) janggutnya tetapi panjang, dan Ali (ra) tebal janggutnya”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
(Hadis Riwayat Muslim)
Kesemua para Khulafa ar-Rasyidin memelihara janggut mereka.
“Adalah Abu Bakr (ra) lebat janggutnya, Uthman (ra) jarang (tidak lebat) janggutnya tetapi panjang, dan Ali (ra) tebal janggutnya”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
IJTIHAD ULAMA MUJTAHIDIN DAN ULAMA FIQH
KADAR PANJANG JANGGUT BERDASARKAN SYARIAH
Janggut adalah apa-apa yang tumbuh di muka iaitu rambut-rambut yang yang terdapat pada tepi muka kiri dan kanan yang bersambung dengan rambut di kepala yang dikenali jambang dan di bawah dagu. Perintah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam jelas menunjukkan bahawa janggut sepatutnya dibiarkan tumbuh lebat. Tambahan pula, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para Sahabat r.a. mempunyai janggut yang lebat dan besar.
Tiada hadis sahih menunjukkan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam memendekkan janggutnya, apa lagi mengcukur janggut. Tetapi, ada riwayat yang sahih daripada beberapa Sahabat terutamanya, Ibn Umar, Abu Hurairah dan Ibn Abbas r.a. menunjukkan mereka memotong janggut yang melebihi satu genggaman. Terdapat juga riwayat dari kalangan ulama salaf melakukan perkara yang sama seperti Ibrahim an-Nakhai, Imam Malik dan Ahmad r.h.
Dalam sahih Bukhari disebut, Semasa Ibn Umar r.a. mengerjakan haji dan umrah, beliau akan mengenggam janggutnya, bahagian mana yang lebih (dari genggamannya) dipotong
Oleh itu, dapatlah difahami bahawa janggut yang kurang dari segenggam tidak memenuhi maksud sunnah. Yang menyedihkan, ramai di kalangan agamawan pun tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh ulama salaf berkaitan dengan janggut ini. Mereka mengatakan perkara ini remeh-temeh dan kurang penting. Berbagai alasan yang kita dengar untuk mengelak dari melaksanakan sunnah wajib ini. Satu daripada hujah mereka ialah memelihara janggut adalah sunnah jibiliyyah (adat kebiasaan) orang ‘Arab. Fahaman ini bertentangan apa yang diputuskan oleh ulama salafus soleh dari generasi awal Islam.
Perlu diingat bahawa janggut juga perlu didandan dan dikemas. Janggut jangan dibiar terlalu panjang dan tidak terurus kerana umat Islam mesti kelihatan bersih dan kemas kerana imej umat Islam harus dijaga.
PENGECUALIAN
Syariah Islam adalah fleksibel dan praktikal kerana mengambilkira semua faktor sekelilingnya. Bagi mereka yang mempunyai sebab-sebab tertentu seperti berkaitan rawatan perubatan yang memerlukan janggut perlu dicukur, maka syariah membenarkannya.
Ketika di bawah penguasaan musuh Islam dan orang yang zalim, jika dengan berjanggut ini boleh mengancam nyawa dan keselamatan, maka syariah mengharuskannya ia dicukur.
Kewajipan memelihara janggut adalah bagi mereka yang mempunyai janggut. Bagi mereka yang memang ditakdirkan tidak tumbuh janggut, mereka dikecualikan dari kewajipan ini. Seseorang mungkin boleh berikhtiar dengan melakukan ‘petua’ tertentu supaya janggutnya tumbuh serta berdoa agar Allah Subhanahu Wa Ta'ala menumbuhkan janggutnya.
semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita,
dalam segala hal, Allahu a'lam..
dalam segala hal, Allahu a'lam..
