
Ramai yang percaya dan mengetahui bahawa Qiamat Ekonomi bakal berlaku dalam tahun 2012, apabila mata wang US Dollar semakin mencapai kemuncak kejatuhan melalui inflasi yang tidak dapat dikawal dan ini akan mempengaruhi nilai mata wang utama dunia seperti UK Pound Sterling, Japan Yen, Euro dan lain-lain sehingga menyebabkan keseluruhan mata wang kertas dunia musnah dan tidak bernilai..
Berita ni makin hangat sejak tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya lagi.. Maka ramailah yang pakat-pakat nasihat orang lain supaya TUKAR DUIT KERTAS KEPADA EMAS.. Yang paling galak menasihat sudah tentulah si 'penjual emas' lah..
Berpada-padalah bergebang pasal emas dan perak.. Ada yang lebih utama perlu diingatkan oleh setiap manusia iaitu Qiamat Kecil atau kematian yang pasti akan datang tak kira masa..
JOM! Pakat ramai-ramai kita berpesan-pesan sesama kita supaya TUKARKAN CINTA DUNIA KEPADA CINTA AKHIRAT sebelum saat ajal datang merenggut segala emas, perak dan harta benda dunia yang hanya sementara..
Tak salah nak nasihat pasal Emas dan Perak, tapi jangan abaikan nasihat yang lebih penting iaitu supaya selamatkan dari tipu daya dunia dan utamakan keselamatan di Akhirat..Allahu a'lam..