
Kita cenderung menyalahkan sikap biadap dan kurang ajar orang bukan Islam yang semakin tak menghormati dan mempertikaikan amalan dan ajaran Islam di negara kita, tapi hakikatnya hari ini, jangankan orang bukan Islam, anak-anak muda Islam sendiri pun semakin ramai yang tak hormati dan perlekehkan Islam..
Pernah tak kita terfikir apa yang berlaku itu adalah disebabkan oleh kegagalan kita sebagai umat Islam menjalankan usaha dakwah sepertimana Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan Para Sahabat..? Adakah kita hanya menunding jari ke arah ketidakfahaman orang lain terhadap Islam sedangkan diri kita sendiri tidak pernah berusaha untuk menyampaikan hikmah dan kebenaran Islam kepada mereka dengan cara dan kaedah yang betul?
Sekadar renungan dan muhasabah diri..
Kebanyakan masalah dunia hari ini adalah disebabkan dari sikap umat Islam yang tak berjuang sepertimana umat Islam zaman Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan Para Sahabat.. Kalaulah kita semua berusaha ikut cara hidup dan perjuangan Baginda dan Sahabat, pasti kejayaan dan kebangkitan agama Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mampu kita realisasikan.. Yakinlah dengan janji dan bantuan Allah Subhanahu Wa Ta'ala..
Dah banyak kali saya berfikir tentang masalah duniawi yang melanda umat Islam zaman ini terutama anak-anak muda, ternyata semuanya menjurus kepada satu jawapan iaitu kerana kita telah jauh dari Sunnah hidup dan perjuangan dakwah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam..
Dan jika kita mahu usahakan kebangkitan Islam maka tiada jalan lain selain mengikuti kembali 100% apa yang telah Rasulullah dan Para Sahabat perjuangkan..
Tiada jalan lain.. Sama-samalah kita renungkan..Allahu a'lam..