Kejayaan Sebenar



Bukanlah 'kerjaya', 'nilai pendapatan sebulan' atau berapa banyak 'harta yang dikumpulkan' menjadi ukuran kejayaan sebenar seseorang.. Itu mungkin kriteria bagi yang menilai dengan hanya 'satu mata' iaitu mata kepala yang terpengaruh dengan cara fikir dunia moden akhir zaman..

Takrif 'Kejayaan Dalam Hidup' yang hakiki tak pernah berubah berdasarkan fitrah manusia diciptakan.. Iaitu berjaya mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala tanpa ditipu oleh permainan tipudaya dunia sehingga beroleh Khusnul Khatimah dan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala di Akhirat kelak..

Untuk dapatkan kejayaan hakiki, manusia tak perlukan Master, Ijazah, Diploma, STPM, SPM atau apa saja kelayakan ciptaan manusia.. Cukup hanya IMAN dalam hati.. SubhanALLAH.. Sekali pandang, cukup mudah untuk menggapai 'tiket' kejayaan dalam hidup.. 

Ternyata fitnah dan permainan dunia telah menipu manusia dari mengutamakan IMAN sebaliknya mengejar kejayaan material seterusnya memesongkan manusia dari kejayaan hakiki yang dipandang Allah Subhanahu Wa Ta'ala..

Hakikat sebenarnya IMAN ITU PALING BERHARGA, namun FITNAH DUNIA telah 'mencipta' bermacam istilah kejayaan lain supaya manusia sibuk mengejarnya hingga terpesong dari matlamat hidup dan destinasi selepas mati..

Walau segunung kejayaan dunia digenggam, jika tanpa IMAN, di Akhirat kelak yang menanti pastinya segunung sesalan kerana pada pandangan Allah Subhanahu Wa Ta'ala itu sebenarnya adalah kegagalan besar seorang hamba yang tertipu oleh fitnah dunia..Allahu a'lam..