Antara kecelaruan minda pendukung Demokrasi yang bersangka-sangka bahawa hanya Demokrasi jalan yang sedia ada sesuai untuk menegakkan pemerintahan Islam.. 'Mereka' kata mahu memilih parti yang dilihat 'kurang membawa mudarat' kepada Islam berbanding parti yang lebih memudaratkan Islam..

Satu soalan yang sesuai ditanya kepada pendukung Demokrasi yang berfikiran sebegini adalah : 

"Bukankah dalam Islam telah ditunjukkan jalan yang 'bebas mudarat' malah telah dijanjikan kemenangan tertegaknya Khilafah akhir zaman melalui jalan kenabian Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam..?" 

Fikirkanlah, mengapa mesti dibuat pilihan antara 'yang kurang mudarat' dengan 'yang lebih mudarat' jika telah ada satu jalan yang telah DIJAMIN dan TERBUKTI 'bebas mudarat'? 

Sungguh pelik, adakah 'mereka' tak terfikir sedemikian atau masih tak yakin dengan satu jalan yang telah dijamin melalui sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ? 

Semoga 'mereka' diberi kefahaman tentang ini, atau jika pandangan saya ini tersalah moga ada seseorang yang menegur dan membetulkan.. 

Allahu a'lam..