3rd Annual World Conference on Riba

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ فَأْذَنُواْ بِحَرْبٍ مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُؤُوسُ أَمْوَالِكُمْ لاَ تَظْلِمُونَ وَلاَ تُظْلَمُونَ
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan Allah dan RasulNya akan memerangimu, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa 

Surah Al Baqarah: 279


Berkata Abu Hanifah r.h.,
“Riba, inilah ayat di dalam Al Quran yang paling menakutkan”
(Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)


Ibn Abbas r.a berkata, akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat; 
"Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasNya kepada mereka"
(Rujuk Jami Al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)



As usual Sheikh Imran N. Hosein will be one of the speaker at this event just like the previous years, for more information, please visit this website : 


Riba bererti al ziyadah iaitu dari segi bahasa, bermaksud tambahan atau kenaikan dan secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.

Antara amalan Riba (kadar faedah, kadar keberuntungan, kadar bunga) yang sering/terpaksa digunakan di dalam kehidupan umat Islam akhir zaman melalui semua sistem perbankan ciptaan musuh-musuh Islam iaitu sistem perbankan konvensional, perbankan Islam atau sebarang institusi kewangan adalah,

a- Membeli kereta ( Car Loan )
b- Membeli rumah ( Home Loan )
c- Mendapatkan modal syarikat (Term Loan atau Overdraft )
d- Membeli mesin dan alatan untuk syarikat ( Hire Purchase Loan )
e- Membuat pinjaman peribadi ( Personal Loan )

Riba di dalam Islam terbahagi kepada 2 kumpulan besar dan setiap satu terdapat pecahan yang berbeza antara setiap satu jenis Riba yang diamalkan oleh manusia.

1-Riba ad Duyun
Riba jenis ini adalah riba yang terhasil dari hutang. Ia merupakan lebihan yang terhasil disebabkan tempoh. Ia terbahagi kepada 2 iaitu:

a) Riba al Qardh
Iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan ke atas pemberian jumlah pinjaman pokok. Syarat ini dibuat pada awal kontrak pinjaman. Ia dikenakan oleh pemberi pinjam kepada yang meminjam. Contohnya, Ali ingin meminjam RM1,000 daripada Abu, tetapi Abu menetapkan syarat bahawa Ali wajib membayar semula hutang tersebut sebanyak RM1,200. Lebihan RM200 merupakan riba.

b) Riba al Jahiliyyah
Merupakan kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pokok, yang dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam akibat si peminjam gagal membayar pada tempoh yang telah dipersetujui yang ditetapkan. Contohnya, Ali bersetuju memberi pinjaman kepada Abu sebanyak RM500 dan dikehendaki membayar kembali satu bulan dari sekarang. Tetapi sekiranya Abu gagal membayar hutang Ali sebelum atau pada 1 bulan yang telah ditetapkan, maka Abu dikehendaki membayar pada Ali sebanyak RM600. Lebihan sebanyak RM100 merupakan riba.

2-Riba al Buyu
Riba jenis ini terhasil daripada aktiviti jual beli barangan. Ia merupakan ketidaksamaan pada berat, gred atau kuantiti pertukaran 2 barang atau pertukaran tersebut dibuat secara tangguh.

a) Riba an Nasa
Ia merupakan aktiviti jual beli atau pertukaran 2 barangan yang sama jenis dan pertukaran tersebut dibuat secara tangguh (tidak sempurna dalam 1 masa). Contohnya, Ali membeli emas seberat 6 gram dengan harga RM1,000 secara tangguh (maknanya, ambil emas hari ini, bayarnya bulan depan), ia adalah Riba.

b) Riba al Fadhl
Ia merupakan aktiviti jual beli atau pertukaran antara 2 barangan yang sama jenis dengan berbeza kadar berat (jika dijual dengan timbang) atau kuantiti (jika dijual secara bilangan kuantiti). Contohnya, menukar 10 gram emas (jenis 916) dengan 12 gram emas (jenis kualiti 750). Pertukaran jenis ini adalah haram kerana sepatutnya kedua-duanya mesti sama timbangan (contoh: 10 gram atau 12 gram). Perbezaan kualiti tidak memberikan kesan kepada hukum.



Dari Jabir Ibnu Hayyan r.h., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

Allah Subhanahu Wa Ta'ala melaknat orang yang memakan (pemakai) riba, orang yang memberi riba, dua orang saksi dan pencatat (dalam transaksi riba), mereka semua sama saja

(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)


Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya

(Hadis Riwayat Muslim, al-Bukhari & Ibnu Majah)


Dari Abdullah bin Handullah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

Allah Subhanahu Wa Ta'ala melaknat pemakan riba, pembayarnya, penulisnya dan dua orang saksinya

(Hadis Riwayat al-Daraqutni)




Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

"Satu dirham riba dosanya lebih berat daripada dosa orang berzina 36 kali"

(Hadis Riwayat Muslim) 


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

“Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya sendiri"

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)






Sila klik butang 'captions'/ cc untuk sarikata Bahasa Melayu

semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita,
dalam segala hal, Allahu a'lam..