Buku Terbaru : Madinah Kembali ke Persada Tumpuan Di Akhir Zaman

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Jika kamu inginkan kejayaan di dunia hendaklah dengan ilmu. Jika kamu inginkan kejayaan di akhirat hendaklah dengan ilmu dan jika kamu inginkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu 
- Imam as Syafie -



"Madinah Kembali ke Persada Tumpuan Di Akhir Zaman" 

Dalam masa 10 tahun dari sekarang, iaitu dalam bulan Rabi al Thani 1443, dunia Islam akan memperingati genap 100 tahun peralihan kuasa di Mekkah daripada pemerintahan Empayar Turki Ottoman kepada Sultan Arab 'Abdul al 'Aziz ibn Saud. Tentera-tentera yang taat kepada Sultan Najd telah berjaya menakluki Mekkah di dalam bulan Rabi' al Thani 1343 (iaitu pada 30 Oktober 1924 dalam kalender pope Gregory Kristian Katholik Barat), yang akhirnya membawa kepada pengistiharan Sultan 'Abdul al Aziz sendiri sebagai Sultan Najd dan Sultan Hejaz...

Antara isi kandungan yang terdapat dalam buku ini adalah:

1. Madinah 1343 H Masuk Kepada bahang Api Dajjal Saudi Wahhabi
2. Jerusalem Bergerak Kepentas Tumpuan Utama
3. Peperangan Besar Yang Membawa Kepada Penaklukan Konstantinopal
4. Sudahkah penaklukan Konstantinopal Berlaku?
5. Madinah Kembali Kepentas tumpuan Utama Dunia
6. Madinah Akan Membayangi Mekkah Di Pentas Utama Dunia

Ia adalah buku terbaru hasil dari penulisan dan hujah ilmiah oleh Sheikh Imran Nazar Hosein yang berpandukan hadis-hadis sahih dan ia telah dilancarkan semalam di Malaysia di dalam versi Bahasa Melayu dan juga versi Bahasa Inggeris (English Version) dengan harga MYR 10.00 bagi satu unit. Boleh didapati semasa Sheikh Imran Hosein menyampaikan kuliah beliau dan juga di pengedar rasmi Al Tasneem Sdn Bhd.


Khidr And Akhirulzaman By Sheikh Imran Hosein


Sila klik butang 'captions'/ cc untuk sarikata Bahasa Melayu

semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita,
dalam segala hal, Allahu a'lam..