"Khorasan", agenda baru ciptaan al-Jassasah demi tuannya al-Masih ad-Dajjal untuk penyembahnya Zionist yahudi-'islam'-nasrani, selepas watak-watak seperti ISIS, ISIL, FSA, Al Qaeda, Taliban, etc..
Hakikat sebenar Khorasan adalah satu wilayah yang sering disabdakan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, wilayah ini akan memainkan peranan penting di akhir zaman al-fitan sebelum dunia memasuki fasa ke-5, yakni zaman khilafah‘ala minhaj an-nubuwwah. Namun untuk mengetahui kedudukan sebenar wilayah Khorasan, kita perlu meneliti peta dunia dulu dan kini, kerana selepas perang dunia ke-2 dan kemusnahan Khilafah Islamiyyah (3-3-1924) oleh musuh dan tali barut, dunia manusia telah diberi persempadanan tertentu dengan nama tertentu, mengikut undang-undang dunia ciptaan musuh yang satu, untuk tujuan yang satu, yakni berpusat kepada sistem mereka yang satu. Geografi wilayah Khorasan yang dulu dan kini tetap sama, cuma kita perlulah gabungkan beberapa negara bangsa dunia kini antaranya, Afghanistan, Iran, Iraq, Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, India dan Pakistan.


Apa yang lebih menarik, pusat bagi segala pecahan negara bangsa kepada wilayah Khorasan adalah di Taliqan, yakni satu tempat di Afghanistan. Di Taliqan majoriti penduduknya adalah dari puak Pashtun yang hanya bercakap dalam bahasa Pashto, iaitu gabungan bahasa Aramaic, Hebrew dan Arab, mereka puak yang amat daif, hidup nomad di pergunungan tapi kaya dengan ilmu kepahlawanan peperangan dan ilmuan Islam yang amat hebat, dan yang lebih menarik silsilah darah mereka berasal dari Nabi Harun alaihi salam, ke Nabi Musa alaihi salam, ke Nabi Ya'qub alaihi salam, dan ke Nabi Ishaq alaihi salam. Dalam kata lain, mereka adalah dari Bani Israel yang bermula dari 13 puak dalam satu bangsa (menurut Jilid Exodus, dari 6 bahagian utama Kitab Taurad, Taurad sebenar adalah kitab berisikan Suhuf-i-Ibrahim (selain dari wahyu Allah taa'la kepada Nabi Musa alahi salam), yakni kitab atau helaian (wahyu kepada) Nabi Ibrahim alaihi salam), kemudian mereka berpecah dari kelompok besar menjadikan kepada 12 puak Bani Israel (menurut Kitab al Quran) kemudian berpecah lagi menjadi 11 puak dan berpecah lagi menjadi 10 puak (menurut kitab Injil) dan seterusnya mereka terus berpecah satu per satu mengikut kronologi masa dan peristiwa yang terjadi di dunia. (Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud alaihi salam hanya mengandungi dzikr, nasihat dan hikmah, bab akidah dan syariat adalah dari petikan kitab Taurad Nabi Musa alaihi salam).
Berbalik kepada Pashtun, mereka adalah Bani Israel yang Islam sejak azali, (agama Islam wujud sejak Nabi Adam alaihi salam, tauhid yang sama, bezanya adalah syariat kerana mengikut umat, zaman dan para utusanNYA). Sebelum Pashtun menerima syariat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, mereka menggunakan kitab Tavrad El Sharif yang bermaksud, Kitab Taurad Musa. Menurut catatan dalam kitab Pashtun Mahsan-I-Afghani,1635 Masihi, semasa pemerintahan keemasan Nabi Daud alaihi salam, Sultan Saul ibni Sultan Kash (Bani Israel) adalah pemerintah Khorasan bernaung di bawah Baginda Nabi, dan mendapati Sultan Saul menggunakan kitab Tavrad El Sharif, kemudian diberi tambahan isian kitab Zabur kepada Sultan Saul oleh Nabi Daud alaihi salam untuk rujukan baginda Sultan dan rakyat baginda, setelah kemangkatan Sultan Saul, anaknya bernama Sultan Afghana (Malik/Malak) (anak kedua dari dua beradik, abangnya (Sultan Jemeriah/Irmia) telah meninggal semasa Sultan Saul memerintah) naik takhta pemerintah, tetapi kerana usia baginda yang muda, Khorasan ditadbir oleh Nabi Daud alaihi salam, dan dalam masa yang sama menjaga dan mendidik Sultan Afghana ibni Sultan Saul ibni Sultan Kash. Setelah dewasa, Sultan Afghana pulang ke Khorasan dan mentadbir wilayahnya dibawah naungan Nabi Sulaiman alaihi salam pula.
Menurut kitab Pashtun Taaqati-Nasiri pula, puak Pashtun menerima syariat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam setelah menerima khabar telah munculnya utusan teragung itu di Kota Madinah, generasi Kesultanan Afghana bernama Sultan Kash (baginda Sultan dinamakan sama seperti nama moyangnya) telah bergegas ke kota Madinah bersama 7 kaum kerabat lain untuk berbai'ah dengan Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam melalui Khalid al-Walid radiyAllahu anhu, kemudian dinamakan baginda sebagai Sultan Abdul Rashid, dan diberi amanah untuk mengislamkan seluruh rakyatnya apabila pulang ke Khorasan. Setelah itu saudara baginda Sultan Abdul Rashid yang berada di selatan wilayah Khorasan (Pakistan) mendapat khabar tersebut, lalu bergegas ke kota Madinah untuk berbai'ah di tangan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam secara langsung. Sultan Abdul Rashid berkahwin dengan salah seorang puteri khalid al Walid bernama Siti Sarah, dan kemudiannya dikurniakan tiga cahaya mata bernama, Sarban, Ghorghusht dan Baitan. Khalid al-Walid radiyAllahu anhu banyak memainkan peranan penting dalam proses pengislaman puak Pashtun, dimulakan dengan utusan surat menyurat, kemudian dakwah secara langsung.
Keturunan kesultanan-kesultanan ini masih wujud tetapi tidak lah menonjol, berdaulat seperti mana kesultanan di Malaysia/Nusantara, ia akibat perang demi perang dan diburu oleh musuh. Kerabat utama kesultanan itu merempat di bumi sendiri, cuma kerabat jauh diberi sedikit 'kemewahan' dan kuasa tadbir. Seperti mana yang kita sedia maklum Afghanistan / Khorasan serang ditimpa peperangan oleh kuasa-kuasa besar dunia, dimulai oleh pakatan Anglo-British selama lebih 300 tahun, kemudian Union of Soviet Socialist Republics (USSR), dan sehingga kini oleh pakatan Zionist Israel-Mossad-Nato-CIA.

Kembali kepada agenda al Jassasah (agen / bala tentera), selama ini mereka telah menggunakan gelaran Taliban untuk mengaburi Haqq ke atas tempat Taliqan, dan kini menggunakan gelaran Khorasan dikaitkan dengan pengikut Osama Bin laden dan al Qaedah untuk mengaburi Haqq ke atas wilayah Khorasan (yakni pusat utama panji hitam bala tentera Imam al Mahdi) di akhir zaman, fitnah ini secara umunya untuk seluruh manusia dunia kini, secara khususnya umat Islam yang ditelan fitnah ad-Dajjal. Dalil mengenai Taliqan hanya pada catatan sejarahnya, tetapi pada Khorasan ia amat mashyur di dalam kitabul fitan, antara riwayat
(1) "..dari arah Timur..",
dari Saidina Abu Bakr as Siddiq r.a. adalah,
“Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama khorasan.”
(Sunan at-Tirmidzi, no.2237, Musnad Imam Ahmad, no.33, Sunan Ibnu Majah, no.4072)
Fitnah itu muncul "dari arah Timur". Sabdaan ini di buat semasa di kota Madinah, tujuan utama misi ad-Dajjal mentadbir dunia di Baitulmaqdis, secara kedudukan geografi, Khorasan berada di sebelah Timur dari kota Madinah dan Jerusalem. Fitnah secara simbolik dan hakikat telah terjadi dengan misi selepas 911 (serangan bermula di Iraq, yang juga terletak di Timur kedua kota tersebut) dan yang terbaru oleh pihak musuh di sempadan Iraq dan Syria. Arah timur secara specificnya boleh lah rujuk riwayat hadis ini, dari Anas bin Malik r.a, sabda, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,
"Dajjal akan keluar dari kota Yahudi Ishfahan (di Iran) bersama 70,000 penduduknya memakai al-Tayalisah (selendang Parsi)"
(Imam Muslim, no.7034, no.5237)
dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
"Dajjal akan tiba di Khuz (wilayah Barat daya Iran dan juga satu puak di Parsi) dan Kerman (wilayah Tenggara Iran) bersama 70,000 orang tentera. Wajah mereka seperti berlapis-lapis"
(Musnad Imam Ahmad, no.8099)
Merujuk kepada misi "Khorasan" musuh menyerang di lokasi yang telah disabdakan, seolah memberi petanda dan meyakinkan bahawa semakin dekat kezahiran ad-Dajjal, dari Nawwas bin Sam’an r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
“Dajjal keluar di daerah antara Syam (Syria, Palestin, Lubnan & Jordan) dan Iraq. Kemudian dia membuat kerosakan di sebelah kanan dan kirinya. Wahai hamba Allah! Kuatkan iman kalian!”
(Hadis Riwayat Imam Muslim, no.2937 dan Sunan Ibn Majah, no.4075)
(2) "..Khorasan..",
dari Thawban r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
"Jika kamu mengetahui tentang panji hitam datang dari Khorasan, kemudian pergi kepada mereka, walaupun perlu merangkak, kerana di antara mereka akan menjadi Khalifah Allah Imam Mahdi"
(Hadis Riwayat Imam Hakim, no.8572 dan Imam Ahmad, no.22387)
Hadis di atas merujuk kepada kebangkitan Islam, yakni positif dan hakikat, apabila diteliti akan situasi kini dan koleksi hadis sabdaan tentang Khorasan, ia ada dua pembahagian, satu secara haqq dan satu secara batil (fitnah), maka adalah mustahil ad-Dajjal akan muncul lagi dalam tempoh 100 atau 1000 tahun mendatang, tetapi semakin dekat menghampiri tempoh zaman kezahirannya yakni, "sehari bersamaan seminggu dan kemudian sehari bersamaan hari-hari kalian" berpandukan hadis ini,
dari Nawwas bin Sam'an r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
"Jika saat Dajjal keluar aku masih bersama kalian maka akulah yang akan melindungi kalian darinya. Namun jika ia keluar dan aku tidak lagi bersama kalian, maka setiap orang harus melindungi dirinya sendiri. Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah pelindung bagiku dan setiap muslim. Barang siapa di antara kalian berjumpa dengannya, hendaklah ia bacakan awal surat Al-Kahf, sebab itu akan melindungi kalian dari fitnahnya."
Kami lalu bertanya,
"Berapa lama ia akan tinggal di bumi?"
Beliau menjawab:
"40 hari. sehari bersamaan setahun, sehari bersamaan sebulan, sehari bersamaan seminggu dan hari-hari selebihnya sama sebagaimana hari-hari kalian."
Kami bertanya lagi,
"Wahai Rasulullah, pada hari yang seakan 1 tahun, apakah solat kami akan mencukupi untuk waktu sehari semalam?"
Beliau menjawab,
"Tidak, namun sesuaikanlah (setiap waktu solat). Kemudian Isa putera Maryam (a.s) akan turun di sisi menara putih, sebelah timur kota Damascus (Syria). Lalu ia menentang ad-Dajjal sehingga di pintu Lud (sebuah tempat di dekat Baitul Maqdis), lantas ia pun dibunuh."
(Sunan Abu Dawud, no.3764)
Kezahiran ad-Dajjal akan mentadbir alam dengan "syurga itu neraka, neraka itu syurga" secara menyeluruh, berpandukan hadis ini. Dari Hudzaifah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
"Sungguh aku tahu apa yang ada bersama Dajjal, bersamanya ada dua sungai mengalir. Salah satunya secara mata kasar berupa air putih dan yang lainnya secara mata kasar berupa api yang membara. Bila ada yang menjumpainya, hendaklah mendatangi syurga yang ia lihat berupa api dan hendaklah menutup mata, kemudian hendaklah menundukkan kepala lalu meminumnya kerana sesungguhnya itu adalah air dingin. Sesungguhnya Dajjal buta matanya, di atas matanya ada kulit tebal, diantara kedua matanya tertulis kafir yang boleh dibaca oleh setiap mukmin, sama ada yang boleh membaca tulisan atau pun tidak."
(Hadis Riwayat Muslim, no.5223)
dari Walid dan Risydin dari Ibnu Lahaiah dari Abi Qobil, dari Abu Rumman dari Ali bin Abi Thalib r.a. mengatakan,

dari Walid dan Risydin dari Ibnu Lahaiah dari Abi Qobil, dari Abu Rumman dari Ali bin Abi Thalib r.a. mengatakan,
"Apabila kalian telah melihat bendera-bendera hitam, tetaplah di tempat kalian dan jangan gerakkan tangan dan kaki kalian. Kemudian akan berkuasa sekelompok orang yang lemah akalnya, tidak teranggap, hati mereka seperti potongan besi. Mereka penduduk daulah (menguasai banyak daerah), tidak memenuhi janji. Mereka mengajak menuju kebenaran, padahal mereka bukan pemilik kebenaran. Nama mereka berawalan kun-yah (identiti tidak jelas) dan nisbah mereka kepada desa. Rambut mereka terjuntai seperti rambut wanita. Hingga terjadi sengketa diantara mereka, kemudian Allah mendatangkan kebenaran melalui orang yang Dia kehendaki."
(Hadis riwayat Nu’aim bin Hammaad r.a., kitab kanz Al ‘Ummaal Muttaqiy Al Hindiy, no.31530)
Dalam video ini, di saat akhir dapat kita lihat Islam (zionist) yang bersekutu dengan zionist yahudi dan zionist nasrani di dalam menjayakan misi Khorasan, yang mana bertentangan dengan suruhan dan larangan Allah Taa'la dalam Surah al Maidah ayat 51, secara tak langsung misi ini jelas dalam proses membentuk the greater of israel kerana satu per satu lokasi dan tempat zahirnya ad-Dajjal disabdakan dalam koleksi hadis al Fitan, telah berlaku fitnah / perang, dengan ini kita benar-benar menuju kepada al malhamah al kubro secara lebih drastik..semoga bermanfaat, segalanya Allahu a'lam..
