بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجَا
Alhamdu lillahi allathee anzala AAalaAAabdihi alkitaba walam yajAAal lahu AAiwajan
قَيِّماً لِّيُنذِرَ بَأْساً شَدِيداً مِن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْراً حَسَناً
Qayyiman liyunthira ba/san shadeedan min ladunhu wayubashshiraalmu/mineena allatheena yaAAmaloona alssalihati anna lahum ajran hasanan
مَاكِثِينَ فِيهِ أَبَداً
Makitheena feehi abadan
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَداً
Wayunthira allatheena qaloo ittakhatha Allahuwaladan
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِباً
Ma lahum bihi min AAilmin wala li-aba-ihimkaburat kalimatan takhruju min afwahihim in yaqooloona illa kathiban
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَى آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَذَا الْحَدِيثِ أَسَفاً
FalaAAallaka bakhiAAun nafsaka AAala atharihimin lam yu/minoo bihatha alhadeethi asafan
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً
Inna jaAAalna ma AAala al-ardizeenatan laha linabluwahum ayyuhum ahsanu AAamalan
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيداً جُرُزاً
Wa-inna lajaAAiloona ma AAalayha saAAeedanjuruzan
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَباً
Am hasibta anna as-haba alkahfi waalrraqeemi kanoo min ayatinaAAajaban
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَداً
Ith awa alfityatu ila alkahfi faqaloo rabbanaatina min ladunka rahmatan wahayyi/ lana min amrinarashadan
(Surah Al Kahf: 1-10)
Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
"Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf,
dia akan terlindung dari fitnah Dajjal"
(Hadis Riwayat Muslim)
الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاء عَن ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعاً
Allatheena kanat aAAyunuhum fee ghita-in AAan thikreewakanoo la yastateeAAoona samAAan
أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَن يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِن دُونِي أَوْلِيَاء إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلاً
Afahasiba allatheena kafaroo an yattakhithoo AAibadeemin doonee awliyaa inna aAAtadna jahannama lilkafireenanuzulan
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالاً
Qul hal nunabbi-okum bial-akhsareenaaAAmalan
الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعاً
Allatheena dalla saAAyuhum fee alhayati alddunya wahum yahsaboona annahum yuhsinoonasunAAan
أُولَئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْناً
Ola-ika allatheena kafaroo bi-ayatirabbihim waliqa-ihi fahabitat aAAmaluhum falanuqeemu lahum yawma alqiyamati waznan
ذَلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُواً
Thalika jazaohum jahannamu bima kafaroo waittakhathoo ayatee warusuleehuzuwan
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلاً
Inna allatheena amanoo waAAamiloo alssalihati kanat lahum jannatualfirdawsi nuzulan
خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلاً
Khalideena feeha la yabghoona AAanha hiwalan
قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَاداً لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَداً
Qul law kana albahru midadan likalimatirabbee lanafida albahru qabla an tanfada kalimatu rabbee walawji/na bimithlihi madadan
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحاً وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَداً
Qul innama ana basharun mithlukum yooha ilayya annamailahukum ilahun wahidun faman kana yarjoo liqaarabbihi falyaAAmal AAamalan salihan wala yushrik biAAibadatirabbihi ahadan
(Surah Al Kahf: 101-110)
Dari Abu Darda' r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
"Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf,
maka ia terlindung dari fitnah Dajjal."
(Hadis Riwayat Ahmad)
Surah Al Kahf adalah surat ke-18 di dalam kitab Al Quran. Terdapat sebanyak 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah, yakni diturunkan di Kota Mekkah. Ia dinamakan Al-Kahf yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua atau ia diambil daripada cerita yang terdapat pada ayat ke-9 hingga ayat ke-26, mengenai beberapa orang pemuda yang lari ke dalam gua (dan ditidurkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala bertahun-tahun lamanya) bagi menjaga iman dan tauhid kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dari ancaman fitnah-fitnah dunia yang muncul di zaman mereka. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna kepada umat Islam bagi diaplikasikan di dalam kehidupan manusia akhir zaman terutamanya, dan bersesuaian dengan sabdaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam hadith yang dinyatakan di atas. Secara keseluruhanya Surah al Kahf menceritakan akan 4 perkara utama dan disertakan dengan kisah tindakan Iblis terhadap Nabi Adam a.s. di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Kesemua ini sebenarnya dapat dihubung kaitkan dengan fitnah al Masih ad Dajjal pada zaman ini, iaitu akhir zaman.
1-Pemuda-Pemuda Gua - Fitnah Keimanan
Para pemuda ini hidup pada zaman yang masyarakatnya menyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga aqidah keimanan mereka kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, mereka telah bertindak melarikan diri dengan berhijrah keluar dari kota. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dijadikan sebagai tempat persembunyian.
Salah satu mesej yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala sampaikan kepada kita umat akhir zaman adalah antara pilihan hidup dengan kesempitan dan kekurangan 'kehidupan' gua tetapi sebenarnya kaya dengan keimanan, dengan kemewahan dan keselesaan dunia tetapi sebenarnya miskin dengan keimanan. Perlu di fahami bagaimana tindakan para pemuda yang lebih memilih untuk menyelamatkan aqidah tanpa kehidupan maddiah (material dan fizikal) berbanding kehidupan maddiah tanpa aqidah. Justeru itu, seharusnya pada saat ini kita lebih berhati-hati dengan arus kehidupan dunia moden yang sememangnya melalaikan dan menghiburkan hati dan nafsu sehingga manusia itu diperhambakan dengan habuan dunia dengan fitnahnya daripada kita mempertuhankan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sistem kehidupan dunia akhir zaman akan dipengaruhi oleh Dajjal, satu per satu sistem diciptakan dan kemudian menjadi budaya sehingga akhirnya menjadi satu keperluan hidup. Apabila dizahirkan Dajjal dari alam samawat ke dunia nyata oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Dajjal akan cuba menyesatkan kita dengan memaksa manusia supaya mengakui dia lah Tuhan yang menciptakan dan mengaturkan kehidupan manusia.
![]() |
| Ladang Kurma |
2-Pemilik Kebun - Fitnah Harta Kekayaan
Kisah pemilik dua buah kebun tanaman yang melibatkan dua individu yang bernama Tamlikh dan Qurthusy. Pengajaran di dalam kisah ini adalah antara sifat-sifat manusia yang kufur dan syukur dengan kurniaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Salah satu pekebun mengkufuri nikmat dan lupa pada pemberi nikmat iaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dia terlalu berbangga-bangga, sombong dan menolak nasihat sahabatnya untuk 'sujud'kan hati kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, sebaliknya menafikan kurniaan yang telah diberi. Harta dan kemewahan dimiliki membuatkannya leka dan takjub dengan kemampuan dirinya sehingga lupa bahawa segala harta miliknya itu adalah bersifat pinjaman (amanah) sementara.
Dunia kini di akhir zaman ini, kita dapat lihat manusia yang begitu mabuk dan mendambakan harta kekayaan dunia. Malah, mereka saling merebutnya, tindas menindas kerananya, ego, dendam, saling membenci, iri hati, rakus bahkan sanggup melakukan perbuatan keji dan terkutuk, segalanya demi kekayaan dunia yang sedikit nilainya disisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk kepuasan dunia, ini amat jelas lagi nyata di tengah-tengah kehidupan masyarakat moden yang kosong dari nilai-nilai keimanan. Semakin hari semakin banyak manusia sanggup berpenat lelah, menghabiskan setiap detik hidupnya demi mengejar cita-cita dunia, kekayaan, keselesaan dan kemewahan tanpa sedar sepanjang hidupnya telah diperhambakan oleh dunia dengan fitnahnya dan lupa bahawa setiap rezeki itu datang dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala bukan hasil usaha kita, dan paling penting harta kekayaan bukan penentu kebahagian dunia akhirat. Namun, itulah hakikat pada dunia moden ini, hanya kepada hati yang penuh dengan keimanan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang dapat menyucikan jiwa manusia dan meluruskan hubungan mereka dengan harta kekayaan dunia kerana kemanisan iman melebihi kemanisan harta kekayaan.
Dari satu sudut, harta dunia moden kini sebenarnya telah difitnah oleh Dajjal tanpa kita sedari, ia seolah bagai ‘semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap’, yang mana ia bertentangan dengan suruhan dan ajaran al Quran dan as Sunnah, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi mampu dipandu dan dilihat oleh mata hati yang hidup. Terlalu banyak hal yang perlu dinukilkan terutama dalam sistem ekonomi, perdagangan, kewangan, pasaran dan lain-lain. Tidak dinafikan fitnah Dajjal ini telah menjadi satu keperluan hidup kita semua, dan tanpanya kita seolah tidak boleh hidup, melainkan apabila kita berhijrah mencari keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala seperti mana tindakan Ashabul Kahfi. Hal yang terutama menurut pandangan saya, adalah berkaitan harta kekayaan dan sistem pengamalan riba. Jelas hampir setiap dari sumber harta atau kekayaan bermula dari pengambilan amalan riba (pinjaman semua bank dan institusi kewangan yang mempunyai kadar bunga/interest/faedah), kaedah ini adalah kaedah yang mudah untuk mendapatkan modal atau hasil dari berusaha sedikit demi sedikit, sebenarnya kita telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala, tindakan ini adalah syirk. Fitnah terhebat dunia kini adalah penciptaan wang kertas dan wang digital yang dihasilkan dari kertas, polimer, kad plastik dan angka di alam maya, ia adalah sihir yang digunakan oleh Firaun suatu ketika dahulu ketika menentang Nabi Musa alaihis salam. Namun berapa ramai di antara kita sedar hakikat sihir mata wang dunia moden ini? Sebaliknya kita terlalu mengagungkan wang sihir ini dan berhajat mahu mengumpulkan sebanyak yang boleh, dan dalam masa yang sama kita ditipu oleh musuh yang sedang giat mengumpul wang haqq yakni emas dan perak.
![]() |
| Pertemuan Antara Dua Lautan (Ilmu) |
3-Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s. - Fitnah Ilmu Pengetahuan
Nabi Musa a.s. adalah di kalangan Nabi Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang dari keturunan Bani Israel. Baginda a.s. telah diuji dengan ilmu yang dianugerahkan apabila ditanya oleh salah seorang pengikutnya. Pada mulanya terdetik di hatinya menyangka Baginda a.s. lah merupakan orang yang paling berilmu di atas dunia ini, maka Baginda a.s. menjawab persoalan tersebut tanpa rasa 'sujud' pada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Lantas, akibat dengan rasa angkuh dan sombong itu, Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberikan teguran ke atas sikapnya dengan memerintahkan Nabi Musa a.s. supaya belajar dengan orang yang tidak dikenalinya dan tidak pula terkenal tetapi dikenali Allah Subhanahu Wa Ta'ala iaitu Nabi Khidir a.s. Kisah ini mengandungi pengertian yang sangat mendalam dalam ertikata mengenal Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang Maha Besar Lagi Bijaksana. Lokasi pertemuan antara mereka berdua juga merupakan satu hikmah, ia antara pertemuan laut secara fizikal atau laut itu adalah lautan ilmu? Di antara ilmu laduni, kasyaf dan firasat.
Dunia akhir zaman umatnya akan ramai cenderung mengukur sesuatu perkara dengan jalan akal sebagai asas pembuktian, tetapi apabila kita menolak kemungkinan lain dan menafikannya, sikap obsess yang untuk menolak kebenaran ini menjadi agak keterlaluan. Ketika dunia dilanda kecanggihan sains dan teknologi bagi merungkai segala persoalan dan pernyataan yang terzahir atau sebaliknya untuk tatapan hidup, ibrah kisah Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidr a.s. telah pun menjawab persoalan ini. Jika diukur dari sudut keilmuan, sudah tentulah Nabi Musa a.s. yang mendahului mana-mana manusia di zamannya kerana Baginda a.s. boleh berbicara secara langsung dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Tetapi dalam kisah ini, keadaannya sebaliknya. Nyata ilmu yang dimiliki Nabi Khidr a.s. lebih mendahului kefahaman ilmu yang dimiliki oleh Nabi Musa a.s. Ukuran logik, rasional dan firasat tidak dapat menepati setiap perilaku Nabi Khidr a.s. dalam batas dan syariat kehendak Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Di sini, Allah Subhanahu Wa Ta'ala menampilkan bahawa kemampuan akal dan pancaindera itu ada had dan kekangan tertentu.
Peranan Dajjal di dalam fitnahnya dunia kini adalah memanipulasikan maklumat dan ilmu dalam bentuk sumber (kecuali Al Quran, tetapi termasuk hadith), aplikasi dan penghayatan di dalam kehidupan. Antara yang mudah kita fahami adalah, jika belajar ilmu akhirat (Islam) tidak akan (menjamin) membawa kesenangan, kekayaan dan kemewahan untuk hidup di dunia ini. Majoriti manusia belajar ilmu dunia yang telah difitnah dengan konsep sekularisme (pengasingan ajaran agama Islam dalam ilmu dunia moden), akibatnya kita tidak dapat menafsirkan hal keduniaan dalam lingkungan ajaran Islam yang sebenar, manakala sebahagian manusia bersungguh-sungguh belajar ilmu Islam, tapi sayangnya mereka gagal menafsir situasi dunia yang kian hari kian pelik akibat terpisah dari ilmu dunia yang berbagai. Maka fitnah ilmu, akan menyebabkan mereka yang berada di pihak kebenaran akan dianggap pihak yang batil, begitu juga sebaliknya.
![]() |
| Pandangan Pergunungan Caucausus dari Sempadan Russia (Dinding Ya'juj Ma'juj) |
4-Dzul Qarnayn dan Ya'juj Ma'juj - Fitnah Kekuasaan
Dzul Qarnain adalah seorang raja yang digambarkan sebagai seorang pemimpin yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan keimanan, kecerdasan, kekuatan dan kekuasaan, serta pasukan yang sangat hebat lagi kuat. Berkat kurniaan tersebut beliau menjalankan amanah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan mengharapkan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala malalui penaklukkan dan menyatukan wilayah barat dari benua Arab hingga wilayah di timur dari benua Arab. Beliau bertindak secara adil dan saksama dalam menghapuskan segala bentuk kezaliman dan penindasan yang wujud, dan sekali gus melebarkan keimanan serta kedamaian di wilayah-wilayah yang ditakluki. Penjelajahan beliau kemudian diteruskan menuju ke arah utara, namun terhenti setelah bertemu dengan sekelompok manusia yang berlain bahasa dari yang pernah ditemui, mereka memohon bantuannya untuk melindungi mereka dari ganguan dan serangan puak Ya'juj dan puak Ma'juj. Namun, walau pun Dzul Qarnain dianugerahkan dengan pelbagai kelebihan, tetapi beliau sendiri tidak mampu mengalahkan dan menghapuskan puak Ya'juj dan puak Ma'juj. Maka dibinakan tembok besi yang tinggi agar dapat memagari wilayah mereka dari ancaman kerosakkan Ya'juj dan Ma'juj.
Pengajaran dari kisah di atas dapat diklafisikasikan antara amanah dan khianah dengan kekuasaan yang dimiliki, dianugerahkan atau dipinjamkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala buat hamba yang taat dan juga buat hamba yang ingkar. Sesungguhnya Dajjal juga menjanjikan kuasa pada setiap manusia dengan fitnahnya yang patuh padanya di akhir zaman ini, banyak contoh kerajaan dari masa lalu dan kini dibentuk dalam acuan Dajjal bukannya bertapakkan Al Quran dan as Sunnah, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Jelas didapati mereka yang inginkan kekuasaan, pengaruh dan kebebasan akan mengikut telunjuk sistem Dajjal dengan mempromosikan sistem pemerintahan yang diluar ajaran Islam, bahkan menyampaikan mesej-mesej tertentu yang jelas membelakangkan agama dan ketuhanan serta sifat kemanusiaan, yang akhirnya menjadi syirk akibat merasakan undang-undang, ajaran dan acuan Islam tidak layak mentadbir bumi ini. Khilafah dan Khalifah itu cara Islam yang haqq mentadbir dan memerintah, tapi berapa ramai yang yakin akan hal ini? Sedangkan sebelum berlakunya perang dunia pertama dan kedua, dunia Islam dinaungi oleh Khilafah dan Khalifah. Begitu hebat fitnah ad-Dajjal sehingga umat Islam jauh meninggalkan suruhan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan as Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Pada pertengahan Surah al Kahf, ayat ke-50, Allah Subhanahu Wa Ta'ala menyatakan iblis sebagai makhluk yang membangkitkan fitnah,
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاء مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.
Implikasi dari peristiwa di atas adalah berkaitan sifat sebenar iblis, kehebatan malaikat dan peringatan buat kita yang hidup di dunia akhir zaman ini. Suruhan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada iblis adalah untuk sujud kepada Adam bukan membawa maksud suatu penyembahan antara makhluk sesama makhluk ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, tetapi ia adalah untuk menyampaikan mesej antara patuh akan suruhan Allah Azza wa Jalla (al-Quran dan as-Sunnah) atau patuh akan kemahuan diri sendiri (berpandukan akal nafsu) tanpa melihat akan hikmah tersirat akan suruhan tersebut yang sebenarnya tidak mampu difahami dan dicapai oleh akal, nafsu dan fikiran tanpa bimbingan, kekuatan dan keteguhan Iman dan Taqwa yang hakiki. Setelah iblis dilaknati oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala, iblis bernekad untuk merosak umat manusia, bukan hanya sujud kepada iblis, tetapi sehingga penyembahan dan ketaatan kepada iblis secara sedikit mahupun mutlak dengan mensyirkkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Maka inilah juga misi yang dibawa oleh ad-Dajjal, fitnah yang menyesatkan berasaskan kepada lima perkara di atas dan kemudian menjadi menyeluruh dalam aspek kehidupan agar bertuhankan selain Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita, dalam segala hal, Allahu a'lam..



