Selepas hampir 4 tahun aku telah meninggalkan blog ini,
akhirnya aku kembali dengan misi dan perspektif yang berbeza,
semoga  Allah Subhanahu Wa Ta'ala mempermudahkan perjalananku dan meringankan beban masalah yang muncul, insha Allah


Hakikat Sejarah Kehidupan Manusia

Jarak Nabi Adam a.s hingga Nabi Nuh a.s adalah lebih dari 1200 tahun
Jarak antara Nabi Nuh a.s hingga Nabi Ibrahim a.s adalah 2240 tahun
Jarak antara Nabi Ibrahim a.s hingga Nabi Musa a.s adalah 900 tahun
Jarak antara Nabi Musa a.s hingga Nabi Isa a.s adalah 1900 tahun
Jarak antara Nabi Isa a.s hingga Nabi Muhammad SAW adalah 620 tahun
Jarak Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dengan umat hari ini (kita) adalah lebih 1400 tahun!


Ketahuilah, tidak ramai diantara kita yang benar-benar sedar hakikat bahawa kita adalah umat AKHIR ZAMAN! Sedarilah hakikat dari dalam MATA HATI & bukan dari lidah nescaya kita akan dapat merasainya.. Haruslah difahami akhir zaman & qiamat adalah dua perkara yang amat berbeza walaupun bunyinya seakan-akan membawa maksud yang sama tetapi ia peristiwa yang berbeza.. Kembalilah kepada pemahaman & penghayatan al Quran & as Sunnah untuk mengetahui segalanya kerana kita diberikan petunjuk oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk menyedari hakikat ini, InshaAllah..